Sabtu, 12 Mei 2012

Lutu


Kata lutu dalam Kamus Dewan bermaksud menyerang dengan dengan hebat; menerkam dan memukul bertalu-talu. Dalam konteks politik, lutu digunakan untuk menyerang pihak lawan. Sebelum ini, Isa Samad pengerusi Felda nak melutu peneroka Felda yang tak sokong usaha Felda nak senaraikan saham FGVH. Penutur dialek Negeri Sembilan suka guna perkataan lutu apabila bermaksud nak kenakan lawan.

Walau bagaimanapun, yang paling banyak aktiviti melutu nampak jelas dalam politik. Tak kira yang akan dilakukan, tapi matlamat dalam berpoltik adalah untuk kekalkan kuasa yang ada.Bagi pihak yang berkuasa, usaha perlu dilakukan untuk pastikan kuasa itu tidak terlepas kepada pesaing. Pihak pesaing pula sudah tentu punya strategi untuk melutu untuk memperoleh kuasa yang dimiliki pihak berkuasa. Maka lutu melutu dianggap perkara biasa dalam mengekal dan memperoleh kuasa yang terbentang di depan mata.



Bagi ahli politik, banyak cara melutu yang boleh digunakan untuk menjatuhkan lawan. Lutu yang paling ampuh digunakan ialah dengan menjatuhkan imej atau personaliti lawan. Dalam politik, siapa yang nak dilutu sudah jelas. Mereka adalah pengganggu kepada usaha mereka kekalkan kuasa yang ada. Manakala bagi yang membangkang, yang hendak dilutu adalah pihak berkuasa yang tak mahu memberi kuasa tersebut kepada mereka. Oleh itu, siapa yang patut dilutu adalah pengganggu yang wujud di depan mereka.

Macam mana nak melutu? Ada pelbagai cara yang boleh digunakan. Kalau lawan guna media, maka mereka akan sama-sama guna media untuk melutu. Bezanya ialah, pihak yang berkuasa punyai peluang dan ruang yang lebih untuk meluu guna saluran media perdana yang dikuasai. Mereka boleh melutu berterusan tanpa segan silu guna tv, akhbar, dan perkakas lain yang mereka ada. Namun dalam dunia tanpa sempadan,pihak pembangkang juga punyai ruang untuk melutu. Tapi lutuan yang dibuat agak terbatas sebab melutu guna media perdana lebih luas jangkauannya.

Contohnya semalam PM Najib melutu pembangkang dengan kumpulkan orang-orangnya dalam stadium. Bukan sekadar yang duduk dalam stadium yang dengar Najib menjerit-jerit mohon sokongan tapi acara itu disiarkan secara langsung melalui tv. Jaci persepsi penonton dan pendengar dapat dibina melalui jeritannya. Tak kira mereka faham atau tidak apa yang dihamburkan, tapi cara melutu dengan merendahkan pihak lawan sangat biasa dilakukan.

Bagi pembangkang pula, cara mereka melutu juga tidak kurang hebatnya. Dengan mengumpulkan penyokong dalam program Bersih 3 yang lalu juga dapat menggoncangkan pihak berkuasa. Walaupun lutuannya disanggah dengan pelbagai cara, namun mereka berjaya memberikan persepsi yang unik kepada massa. Jadi lutu melutu yang berlangsung sekarang lebih kepada usaha untuk membentuk atau mengacau persepsi yang ada sedia ada. Bolehkah persepsi massa dipengaruhi oleh cara mereka melihat peristiwa lutu melutu yang berlangsung sekarang? Jawablah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...