Isnin, 25 Mei 2015

Sepetang di Majlis Bersama Pelajar Siswazah Fpend UKM

Setelah berkhidmat selama 2 tahun (2013 -2015) sebagai pensyarah kontrak di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,  pelbagai pengalaman dapat digarap di sini.  Sebagai institusi pendidikan yang menekankan perkhidmatan pendidikan sama ada peringkat prasiswazah dan pasca siswazah, saya dapati usaha tersebut sangat subur di sini.  Saya tertarik dengan hala tuju fakulti serta iklim pengajaran dan pembelajaran yang saya fikir sangat sesuai dengan keperluan diri saya.  Iklim yang mencabar wibawa ahi akademik yang mementingkan kualiti sama ada dalam bidang penerbitan, penyelidikan, penyeliaan di samping pengajaran. 

Selama dua tahun saya sempat menerbitkan beberapa  hasil penulisan berbentuk artikel jurnal, prosiding seminar, artikel akademik, dan buku.  Di samping itu, saya juga dapat menjalankan penyelidikan melalui dana PTS UKM (2013-2014).  Dana tersebut saya peroleh setelah tiga bulan berkhidmat di sini.

Alhamdulillah berkat izin Allah saya juga dapat menyelia seramai lima pelajar Phd, 15 pelajar sarjana bidang pendidikan bahasa Melayu.  Saya juga berpeluang menjadi pemeriksa dalam tesis bagi pelajar PhD dan sarjana.  Malangnya masa tak mengizinkan untuk lihat mereka bergraduat.

Dalam bidang editorial, saya juga telah diamanahkan sebagai editor Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu selama dua tahun di sini.  Saya berasa puas dan syukur ke hadrat Allah dengan sumbangan kecil kepada perkembangan pendidikan BM walaupun tempuh berkhidmat di UKM sangat terbatas.

Sekadar merenung kembali akitiviti saya di sini, dipaparkan beberapa gambar sempena tamat khidmat di UKM.  Majlis ini dikendalikan oleh pelajar siswazah yang dibimbing oleh Prof Zamri sebagai ketua modul sarjana dan PhD bidang BM dan Kesusastraan Melayu.  Terima kasih kepada rakan-rakan dan pelajar siswazah di FPend UKM serta Prof Zamri Mahamod.
pelajar PhD

wakil pelajar Phd, pensyarah UPSI


pelajar sarjana

selfi Prof Zamri, saya sedang berucap

Hadiah daripada Hjh Vivi pelajar PhD dari Brunei

Cikgu Layang wakil pelajar PhD


Bersama Prof Zamri, rakan dan ketua jabatan

pelajar lekaki PhD dan sarjana.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...