Isnin, 27 Julai 2015

Eksplorasi Eropah 8: Gondola di Venice

8 Dis 2014:  Penerokaan Eropah kami seterusnya disambung semula selepas sarapan di hotel.  Destinasinya ialah kota Venice.  Pernah juga tengok Venice dalam filem.  Sekarang nak tengok  sendiri keunikan dan kehebatannya.  Berdasarkan peta, Venice adalah sebuah bandar tua yang kedudukannya bersambung dengan tanah besar Itali melalui sebuah tambak.


Republik ini kehilangan kemerdekaannya apabila ditawan Napoleon Bonaparte pada 12 Mei 1797. Venice kemudian menjadi sebahagian dari Austria dan seterusnya Itali.  Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.
Bangunan-bangunan di Venice adalah sangat tua dan menarik.  Pelancong datang dari seluruh dunia untuk melihat senibina ini dan juga terusan-terusan. Bandar raya ini adalah dianggap oleh ramai orang sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia. Tarikan pelancongan yang paling terkenal adalah Rialto-Bridge, Basilica Jalan Mark dan Doge's Palace. (Sumber Wikipedia)

Perjalanan dari hotel ke Venice tidak jauh.  Sekitar 15 minit memandu.  Kami melalui jalan yang ditambak seperti tambak Johor.  Selepas parkir van, kami terus ke kaunter tiket untuk menaiki vaporetto (water bus).  Di kota terapong Venice tak ada jalan raya.  Gelarannya pun kota terapong (city of water).  Pengangkutan utama di sini ialah water taxi, water bus, godola dan  bot laju.
Pemandangan Venice dari atas tempat parkir
Kenderaan utama, water taxi
Pemandangan menarik kota terapong, tenang
Ada banyak jambatan melalui terusan di Venice 
Antara terusan yang ada di sini.  Di sebelah kanan adalah bangunan penjara lama tempat menyeksa banduan.  Penamatnya ialah mati
Micheal menikmati keindahan Venice
Antara jambatan  di Venice yang menghubuingkan antara bangunan
Dengan menaiki water bus kami dapat menikmati panorama terusan dan bangunan lama hampir 900 tahun yang mash mampu tegak di dalam air.   Bayangkan kukuhnya kota ini di atas air.  Walaupun bangunannya agak lama dan sesetengahnya agak condong, namun masih jadi tarikan pelancong.  Water bus melintasi banyak jambatan.

Naik bot laju
Bas air.  Pengangkutan utama
Kota terapong.  Menarik pemandangannya
Air semakin naik di dataran.  Akhirnya akan tenggelam?
Mengikut maklumat yang diperoleh, kota Venice yang terapong ini sedikit demi sedikit mengalami pemendapan.  Oleh itu, paras air akan melimpahi dataran.  Mengapa paras air laut semakin naik di kota Venice dan melimpahi banyak kawasan?  Para pengkaji mengandaikan fenomena air laut semakin naik akibat pemanasan global.  Ada yang menjangkakan sekitar 50 tahun akan datang Kota Venice akan ditenggelami air.  Kini banyak bangunan yang semakin condong.  


Kota venice semakin ditenggelami air.  Mungkin dah mendap sikit  kota tua ini

Ini cerita gondola di Venice.  Gondola adalah tarikan utama pelancong.  Sebagai alat perhubungan utama yang menghubungkan terusan, gondola sering diabadikan dengan kisah cinta.  Cerita dulu kala.  

Venice yang terkenal dengan gondola ini.  Gondola memiliki banyak kisah legenda dan sejarah seperti  bridge of sighs yang juga terkenal sebagai jambatan rintihan.  Menurut sejarah, dulu jambatan ini menghubungkan istana dan penjara tahanan. Para tahanan yang akan dihukum atau di bawa ke sel untuk disiasat akan  melalui jambatan ini. Ketika melalui jambatan inilah para tahanan merintih untuk terakhir kalinya, hingga sekarang dikenal sebagai jambatan rintihan.

Orang muda yang sedang cinta sering menganggap jambatan ini sebagai jambatan sakral untuk mengabadikan cinta sejati. Konon pasangan yang ingin cintanya kekal abadi akan berciuman di gondola terutama di bawah jambatan ketika matahari akan terbenam. Memang sangat menarik kota kelahiran Marcopollo ini, kota tua yang menyimpan sejuta kecantikan.

Deretan gondola
Naik gondola. Nak rasa romantik, kata Sazali
Deretan gondola tunggu kedatangan penumpang
Naiki gondola.  Kata Sazali, naik sekali seumur hidup.  Betul jugak..akhirnya naik juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...