Selasa, 7 Julai 2015

Eksplorasi Eropah 5: ITALI GENOA PISA


6 Disember 2014:  Perjalanan hari ini merentas sempadan Itali sekali lagi dan melalui Lebuhraya Terowong (Highway of Tunnels) menuju ke arah Genoa.  Genoa adalah tempat kelahiran Christopher Columbus dan merupakan pelabuhan terbesar di Itali.Christopher Columbus adalah pengembara dan pedagang yang menyeberangi Lautan Atlantik dan sampai ke Amerika Syarikat pada tahun 1492 di bawah bendera Castilian Sepanyol. Dia percaya bahawa bumi adalah sebuah sfera kecil, dan mendakwa bahawa sesebuah kapal dapat sampai ke Timur Jauh melalui laluan arah barat.  

Highway of Tunnels. Ada beratus tunnel yang dilalui sepanjang lebuh raya ini 

Bandar Genoa.  Bandar pelabuhan utama Itali.

Tourist Information Centre, Genoa

Di belakang tu ada replika kapal Christopher Columbus

Sekitar bandar Genoa, Itali


Aquarium Genoa
PISA adalah destinasi kami seterusnya.  Sememangnya destinasi ini  sangat dinanti-nantikan.  Menara condong Pisa hanya dilihat melalui gambar saja.  Sekarang saya akan saksikan sendiri kecondongan menara bersejaran ini.  Terletak di Tuscano Region, Itali
Menara Condong Pisa (Bahasa Itali: Torre pendente di Pisa) atau Menara Pisa ( La Torre di Pisa) merupakan menara loceng, atau menara genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di Piazza del Duomo ("Dataran Gereja") di Pisa.
Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya.
Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki) dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki) di sisi tertingginya.

Nak tahan jangan condong lagi

Sekitar Pisa

Sekitar Pisa

Selesai menikmati kecondongan Pisa, kami terus ke Barberino Design Outlet.  Factory Outlet terbesar di Italy.  Kami sempat belai belah di sini sekitar 2 jam.  Cari apa kat sini?  Beg tangan Prada..haha..Memamng tak cukup masa tapi Micheal dah beritahu akan akibat berbelanja besar di sini.. Beg akan semakin membesar dan ruang tempat duduk dalam van semakin mengecil..


Barberino Designer Factory Outlet,
Di Florence, Itali

Sebelah malam kami menginap Datini Hotel di Tuscany, Itali.  Setelah sarapan kami susun beg seperti rutin biasa. Terasa semakin banyak muatannya..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...