Rabu, 20 Januari 2016

Anekdot Amal 7: Sombong di dunia

Firman Allah, "Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong"(Ghafir : 76).

Itulah amaran keras Allah terhadap orang yang sombong. Murka Allah terhadap orang yang sombong ialah humbankan mereka ke dalam neraka jahannam dan kekal di dalamnya.  

Sombong adalah sifat yang ditujukan kepada tabiat yang buruk.  Mereka yang lakukan tabiat sombong biasanya sedar dengan tabiat yang dilakukan. Di samping itu tabiat sombong juga dapat diperhatikan orang lain melalui tingkahlaku verbal dan nonverbal.  Sifat menunjuk-nunjuk akan kekayaan dianggap punca kesombongan. Orang sombong tidak syukur terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya.

Sejauh mana buruknya tabiat tersebut sering diungkapkan di dalam al-Quran.  
“Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang telah Kami binasakan, yang sudah bersenang-senang dalam kehidupannya; maka itulah tempat kediaman mereka yang tiada didiami (lagi) sesudah mereka, kecuali sebahagian kecil. Dan Kami adalah pewarisnya”. (QS. 28 : 58). 

Termasuk di antara gejala-gejala sombong ialah  mengingkari nikmat, terlalu mewah, terlalu berlebih-lebihan, takabur dan menimbulkan kerusakan di bumi. Semua perbuatan tersebut akibatnya akan merusak umat  dan juga dapat merusak setiap individu atau kelompok masyarakat. 

Walaupun Allah beri amaran, namun sifat buruk tersebut masih diamalkan.  Ada kalangan mereka yang merasa megah jika berlagak sombong.  Bagi mereka sombong dapat memuaskan nafsu untuk cintakan dunia.  Tidak ada sifat rendah diri dan syukur terhadap nikmat Allah.  Hasilnya kesombongan akan sentiasa subur dan sukar dihapuskan.  


Dalam buku Tiblis Iblis, sifat sombong dikatakan sebagai  akhlak mazmumah yang paling tua.  Ini berlaku sejak syaitan bersifat sombong dengan tidak mahu sujud menyembah Allah.  Syaitan berazam memesongkan akidah umat Islam dengan sentiasa membuka ruang kesombongan dalam diri.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...