Khamis, 22 Februari 2018

AMALAN 1: ILMU

Amalan menuntut ilmu sangat dituntut dalam Islam.  Antara kelebihan amalan tersebut ialah;

1.  Keluar untuk menuntut ilmu:

Maksud hadis; " Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan untuknya jalan ke syurga."  HR Muslim (6853)

2.  Kelebihan menghadiri majlis ilmu:

Maksud hadis, " Tiada suatu kumpulan yang duduk mengingati Azzawa Jalla, kecuali para malaikat akan mengiringi mereka rahmat akan menyelubungi mereka,  ketenagan akan turun ke atas mereka,  ketenangan akan turun ke atas mereka dan Allah akan menyebut-nyebut tentan mereka kepada para malaikat di sisiNya " HR Muslim (6855)

3.  Menghadiri majlis ilmu di masjid:

Maksud hadis; 'Sesiapa yang pergi ke masjid hanya untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya, dia dapat ibarat pahala ornag berbuat haji secara sempurna.' HR al-Tabarani dalam Mu'jam al Kabir (7473)

Rabu, 21 Februari 2018

AMALAN SEDIKIT PAHALA BANYAK

Manusia mengharapkan agar umurnya panjang.  Tujannya ialah agar dia dapat memperbanyakkan amalan kebaikan.  Rasullullah ditanya;

Siapakah manusia yang terbaik? Orang yang umurnya panjang dan amalannya baik. HR At-Tarmizi (2329) ; Sahih.

Terdapat dua nikmat yang sering tertipu dengannnya kebanyakan manusia;  kesihatan dan kelapangan.   HR al-Buukhari (6412)

Dari Abu Hurairah bahawa Rasullullah s.a.w bersabda; " Allah berfirman [ Jika hambaku ingin melakukan keburukan, jangan kamu catat dosanya sehingga dia lakukan.  Jika dia lakukan, catatlah satu dosa.  Jika dia tinggalkannya keranaKu,  catatlah satu paha untuknya.  Jika dia ingin(berniat) melakukan kebaikan, dan belum melakukannya, catatlah untuknya satu pahala.  Jika dia lakukan,  catatlah untuknya sepuluh pahala sehingga tujuh ratus kali ganda].  HR al-Bukhari (7501)

Rujukan:  Fadlan Mohd Othman. 2014. Himpunan amalan sedikit pahala banyak & amalan penghapus dosa.  Bangi:  Bayyinah Enterprise

Isnin, 19 Februari 2018

LOMBOK 2

27-30 Jun 2017 I LOMBOK 

Gambar sekitar tempat menarik di Lombok

Add caption
Ombak sunset
Gili Trawangan merupakan tumpuan pelancong utama di Lombok.  Pantai yang cantik dan air jernih.  Dari daratan lebih kurang 45 minit manaiki bot.


Matahari terbenam.  Suasana yang cantik.  Subhanalllah

Gaya di sekitaran hijau tanah tinggi 

Pusat Islam Lombok

Kuta adalah antara pantai utama di Lombok
Meriah.  Ahli Bangi Perdana di Lombok


Cahaya Nusa Tenggara


Setelah aktiviti snorkling, mendarat di pantai Gili Trawangan






Ahad, 18 Februari 2018

LOMBOK 1

27-30 Jun 2017 I LOMBOK 

Saya bersama sahabat dari kejiranan Bangi Perdana melawat ke Lombok pada 27-30 Jun 2017.
Lombok merupakan sebuah pulau di Nusa Tenggara BaratIndonesia. Pulau ini mempunyai keluasan 4,725 km². Mataram merupakan bandar utama yang terdapat di pulau ini.

Lebih kurang 80% penduduk pulau ini adalah terdiri daripada suku Sasak, sebahagian besarnya memeluk agama Islam. Di kalangan mereka terdapat sebuah golongan yang menganuti agama Islam tempatan yang dipanggil Wetu Telu. Baki penduduk di Pulau Lombok adalah orang Bali, JawaCina dan Arab.

Kota utama Lombok adalah Mataram.  Sekitar 80% penduduk pulau ini adalah suku Sasak, sebuah suku bangsa yang masih dekat dengan suku bangsa Bali, tetapi sebagian besar memeluk agama Islam. Sisa penduduk adalah orang BaliJawaTionghoa dan Arab.
Pemandangan Pulau Lombok berwarna inframerah dengan Gunung Berapi Rinjani dari angkasa lepas, Mei 1992. 

Sazli, Norsazli, Cikgu Rizan, Yazid Mangkuta dan keluarga masing-masing di KLIA2

YM, Cikgu Rizan dan Sazli.  



Disamping bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional, penduduk pulau Lombok (terutama suku Sasak), menggunakan bahasa Sasak sebagai bahasa utama dalam percakapan sehari-hari. 
Sebahagian besar penduduk pulau Lombok terutama suku Sasak menganut agama Islam. Agama kedua terbesar yang dianut di pulau ini adalah agama Hindu, yang dipeluk oleh para penduduk keturunan Bali yang berjumlah sekitar 15% dari seluruh populasi di sana.


Lombok dikatakan juga sebagai bandar seribu masjid.  Ada banyak masjid sekitar Lombok.


Pulau Lombok terkenal dengan keindahan muka bumi terutama lautan yang membiru.









Khamis, 15 Februari 2018

MAKAN TENGAHARI DI TASIK WAIHOLA


Tasik Waihola adalah tasik air tawar yang terletak 15 km ke utara Milton di Otago, di Pulau Selatan New Zealand. Kawasannya adalah sekitar 9 kilometer persegi, dengan panjang maksimum 6 kilometer.

Tasik Waihola  popular untuk pelancong harian  40 km ke utara Dunedin. Perbandaran kecil Waihola (penduduk 200), terletak di pinggir timur tasik, mempunyai kemudahan untuk memancing, kapal layar, dan air terjun.

Selepas Dunedin, kami singgah di pekan sunyi di tepi tasik ini.  Ada kemudahan untuk pelancong harian seperti tandas dan bilik mandi.  


dah konyang


Terlebih gayo ni...


ALPACA DI AKAROA

Ladang Shamarra Alpaca, dimiliki oleh Frank dan Anya, yang terletak di sebelah barat Pelabuhan Akaroa. Perjalanan ambilmasa hanya 20 minit dari Akaroa.  Ladang ini adalah rumah kepada sekumpulan 140 alpacas. Ladang ini menawarkan pemandangan panoramik yang menakjubkan dari Akaroa Heads ke selatan, dan sepanjang jalan ke Barry's Bay di hujung pelabuhan utara .

Frank dan Anya telah membela alpacas sejak 2004, selepas berpindah ke New Zealand dari Caribbean. 




Alpaca adalah ahli keluarga camelid - yang lain adalah llamas, guanacos, vicunas dan tentu saja unta. Alpacas berasal dari Amerika Selatan - dari ketinggian tinggi Andes dari Chile, Peru dan Bolivia - di mana mereka telah disimpan untuk bulu mewah selama beribu-ribu tahun.










Dapat bela sepasang  kat kampung dapat tarik pelancong...

Frank, pemilik ladang Shamara Alpaca

Anya bersama anaknya yang gigih membantu keluarga
 BANDAR AKOROA: Hanya 75 kilometer dari bandar Christchurch, New Zealand, Akaroa adalah penempatan bersejarah Perancis dan British yang terletak di tengah-tengah gunung berapi purba. Terokai kampung dengan senibina kolonial, galeri, kedai kraf, dan kafe.

Selepas penat di ladang alpaca, kini masa makan ikan dan kentang di Akaroa





Bunga inspirasi

LINDIS PASS

LINDISS PASS terletak di antara bandar Cromwell di Central Otago dan Omarama di Utara Otago, di laluan pedalaman utama ke Mackenzie Basin di Wilayah Canterbury.  

Dengan kata lain, kebanyakannya rumput di lereng gunung; rumput berwarna kekuningan menjadi kelihatan seperti bulu yang sangat pendek dan lembut dari jauh. Warna rumput benar-benar muncul pada waktu pagi.









Bunga Lupin purple















SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...